Assalamualaikum.
Di petang yang mendung, angin sepoi-sepoi bahasa. sambil aku menikamati udara yang nyaman. burung-burung berkicauan. terdengar pulak motor-motor yang lalu lalang.macam merempit. padahal kat dalam UiTM je ni. macam jalan ni dia yang punya. huhhh.
tak lama lagi nak Chinese New Year, so Gong Xi Fa Cai kepada sesiapa yang menyambutnya. ramai yang tak sabar nak balik raya. termasuk aku. padahal orang lain yang raya tapi yang tak beraya sekali ter'over' pulak.hheeeee. cuti seminggu. siapa yang tak suka oi?? setelah sebulan lebih aku tak menjejakkan kaki kat bumi Johor, akhirnya esok aku akan berangkat pulang beraya. Hanya Allah yang tahu perasaan aku yang dah lama tak balik berjumpa dengan mak, abah, kakak jaja, abang din, rumah, katil, bantal, teddy bear, bla bla bla. terlalu banyak aku tinggalkan. How sad.
terlalu banyak aku membebel, now, just straight to the point.
ermmmmmmm
C I N T A
apa yang aku tahu tentang cinta??
cinta aku kepada
Maha Pencipta. cinta aku kepada mak, cinta aku kepada abah, cinta aku kepada adik-beradik aku, cinta aku kepada kawan-kawan aku, cinta aku kepada cikgu-cikgu, lecturer-lecturer dan cinta aku kepada alam semula jadi ( ada yang tertinggal tak?? ohh semestinya cinta aku kepada
Rasulullah SAW iaitu cinta kedua aku selepas Allah.)
what about u guys??
is it same with me??
no??yes??
u know better than me because it is your heart.not mine.
tanggal 6 Februari 2013
pihak UiTM telah menjemput Ustazah Fatimah Syarha dan suami, Dr Farhan Hadi untuk menyampaikan ceramah tentang
CINTA ITU FITRAH ATAU FITNAH? (rasa macam skema pulak ayat aku ni..)
Alhamdulillah ramai yang datang. tapi jangan terkejut kalau aku cakap perempuan lebih ramai yang datang daripada lelaki. mana-mana program yang diadakan kat UiTm ni, mesti perempuan yang ramai hadir daripada lelaki. di manakah lelaki-lelaki yang lain?? muncullah dikau. ok. enough.
aku rasa ceramah ni tersangat-sangatlah best. banyak ilmu yang boleh ditambah. benda yang kita tak tahu boleh tahu. macam-macamlah aku dapat. tapi semua pasal cinta la.hheeeee
siapa yang tak tahu cinta?? hanya budak-budak je yang tak tahu.
CINTA ITU FITRAH APABILA KITA TERAPKAN ISLAM DALAM DIRI KITA dan
CINTA ITU FITNAH APABILA KITA MELANGGAR HUKUM SYARIAT ISLAM. ini yang dikatakan oleh ustazah dan doktor. faham tak maksud ni?? kalau tak faham buat-buatlah faham ok.
ustazah dan doktor juga ada nyatakan
tak perlu couple-couple sebelum kahwin. kalau nak kenal bakal suami kita, kita boleh tanya orang terdekat dengan bakal suami kita. tanya adik-beradik si dia ke, kawan-kawan sia dia ke. tanyalah sesiapa yang kenal si dia. dari situ kita boleh kenal bakal imam kita. itu yang terbaik. tak perlu couple-couple untuk elak maksiat daripada berlaku. cukuplah sekadar kenal dari jauh. kalau jumpa nanti, mesti nak pegang-pegang tanganlah, sentuh-sentuhlah. benda yang ringan-ringan katanya. padahal perbuatan itulah yang menjurus kita ke arah maksiat. Nauzubillah.
p/s dah lama taip post ni. tak ter'publish' pulok. silakan.