Saturday, 23 June 2012

:)

Semester 3 dah bermula!!! Assignment.study.morning classes.book.new subject.new lecterur.. all new things that i have to face it. Ya Allah kuatkan hati aku utk menghadapi hari2 mendatang di UiTM Lendu ni. Macam2 benda kena buat. Kusut la aku nanti. hahahha. Minggu pertama kat UiTM ni rasa macam dah berbulan-bulan. Rasa  macam dah lama duduk kat sini. Pada hal dah 2 minggu aku duduk sini. Asyik pandang muka orang yang sama je kan.hahaha. Esok pergi kelas jumpa orang yang sama. Lusa pergi kelas pon jumpa orang yang sama. Dan hari2 mendatang pon macam tu jugak. Bila aku keluar dari UiTM barulah aku jumpa orang baru. Dapatlah cuci mata sikit. hahaha

Weekend (minggu pertama 16 JUN) kat sini tak tau nak buat apa. Ramai budak2 balik rumah masing2. Aku?? Mati kutu aku kat bilik dgn PYZA. Tak tau nak buat apa. Lastly, kitaorang decide nak pergi KL( actually, nak turun KL ni plan aku. PYZA on je ). Dah lama kaki aku ni tak pijak KL. Rasa awkward sikit. Macam2 orang aku jumpa kat sana.

First time aku turun KL sendiri. Yang tak tau macam mana nak naik LRT,monorail dan KTM. Nasib baiklah kakak aku ada kat sana. Boleh jadi tourist guide kitaorang. Sampai je kat sana kitaorang cari kaunter nak beli tiket LRT ( rupanya sekarang ni dah tak guna tiket.sekarang dah guna token.then kita just beli kat mesin dia je. dan aku baru tau tentang ni ). Rasa macam blur je aku masa nak guna mesin token tu. Then tanya kakak yang beratur depan kitaorang. Nasib baiklah kakak tu baik nak tolong kitaorang yang tak tau apa2 ni. Thnx kakak:). So,dgn excitednya kitaorang pergilah naik LRT ke Masjid India. Cuci mata!! Tapi tak beli apa2 pon sebab tak tau nak beli apa. Macam2 pilihan yang ada kat situ sampai aku jadi rambang mata. Rasa macam nak beli semua yang ada kat situ tapi bila mengenangkan duit yang tinggal ciput je ni.

akak bawak kitaorang jalan2 kat bukit bintang yang orang2 dok heboh2 ni.

sementara menunggu ketibaan LRT:)

Time ni tunggu KTM nak pergi TBS.then, balik melaka.menunggu ketibaan KTM ni mengambil masa yg lama ok.
couple kot ni


Tuesday, 5 June 2012

Jika Aku Seorang Jutawan

Jutawan??siapa yang xnak jadi jutawan kan??semua orang kat dunia ni nak jadi jutawan. Termasuk aku. YEAH!!!banyak sebab kenapa aku nak jadi jutawan. Ada duit banyak sampai x terhabis. Tak tahulah sampai bila duit2 tu nak habis..Macam2 benda kita boleh beli bila ada duit banyak ni kan. Beli banglo??kereta mewah??kamera DSLR??iPhone??iPad?? semuanya bermain2 dalam fikiran aku ni. Macam2 benda aku nak beli kalau aku ada duit banyak. Duit berlori2.
DUIT dan MANUSIA memang x boleh nak dipisahkan. Zaman sekarang, segala-galanya memerlukan duit tapi duit bukan segala-galanya. u know what i mean. Nak pergi toilet kat mall pon kena bayar 20sen. Tapi kat Johor la. Kalau kat negeri lain x tau la pulak aku..Yang aku tahu kat Suria KLCC. Nak masuk toilet kena bayar RM2 wwoooo. Mahal bukan main.
Perkara yang akan aku buat KALAU aku jadi jutawan:

  1. Aku nak ajak mak dan abah pergi menunaikan umrah dan haji.InsyaAllah. Inilah satu-satunya impian mak dan abah yang aku tahu. Siapa yang x nak pergi tanah suci kan?? Semua umat Islam kat dunia ni berangan-angan nak jejakkan kaki kat sana. Berdoa kat sana,melakukan amal ibadat bersama-sama umat Islam di seluruh dunia,mengeratkan silaturrahim dan macam2 lagilah amalan yang boleh kita lakukan kat sana. Aku pernah berangan tau supaya aku bertemu jodoh kat sana (macam Irma Hasmie yang bertemu bakal suami dia kat sana masa dia menunaikan umrah.i think la)..hahaha.berangan je yang aku mampu.InsyaAllah akan terjadi.AMIN..
  2. Kalau termampu,aku nak bina rumah kebajikan utk anak-anak yatim. Aku terfikir perkara ni sebab sejak kebelakangan ni terlalu banyak kes membuang bayi merata-rata. Letak bayi kat surau,depan rumah orang dan ada juga yang sanggup buang bayi diorang kat tong sampah. Nauzubillah..Kadang2 tu ada rasa nak menangis bila baca cerita2 ni. Sanggup diorang buat anak sendiri macam tu. Kalau xnak anak tu,apa salahnya kau bagi kat aku kan. Kadang2 aku terfikir,kalaulah ada insan yang sanggup tinggalkan anak diorang kat depan rumah aku, x teragak2 aku nak jaga anak tu tau..kesian.. Tapi mampu ke aku nak tolong diorang sebab diri aku sendiri pon x tertolong. Mana tau kan satu hari nanti aku boleh bantu diorang.InsyaAllah
    .
  3. Beli rumah mewah??kereta mewah?? YESS!!that's what i want. But bila difikir-fikirkan balik, perlu ke benda2 yang mewah macam tu?? x payah nak terlalu mewah sangat lah kan.. Bersyukur je dgn apa yang ada sekarang ni.
    X payah kot nak rumah mewah2 ni. Ye lah, nanti nak kemas2 lagi. Dah la aku ni jenis yang malas nak mengemas. Memang rumah yang besar tu akan bersepah macam kapal karam. Orang gaji?? no!! i don't want. Aku tak suka orang luar sentuh barang peribadi aku. Ye la, nanti mesti dia basuhkan kita punya tttettttt(tau kan??kita punya y dalam2 tu la..)..Malukan kalau orang luar basuhkan.
    Kereta mewah??ferrari??woowww!!siapa yang x nak kan??Kadang2 aku jeles tengok orang yang ada kereta2 mewah ni..Sanggup diorang beli kereta2 import ni kan. Then, nanti kena bayar road tax yang beriu-ribu pulak kan. X rasa macam membazir ke??Entah lah..orang banyak duit kan..X tau nak buat apa dgn duit tu kot. Sebab tu beli kerete2 import.
  4. Melancong!!!Perkara terakhir yang akan aku lakukan kalau perkara yang kat atas sekali tu tercapai. Aku nak pergi melancong dgn kawan2 aku. Mesti seronok kan. Beronok-ronok!!!:D Pergi melancong dgn kawan lagi best selepas melancong dgn family. Nak trip kat mana dulu ye kawan2??? hahaha. Paris??London??Turki??Taj Mahal???banyak tempat beb aku nak pergi sampai tak terpilih kan. Boleh cuci mata,shopping,ambil gambar, posing2..macam lagi kita boleh buat kan?? dpt tambah pengetahuan pon boleh:)

  5. Aku nak beli pulau!!Bila kat pulau kita boleh tenangkan fikiran. Aku nak buka resort la kat pulau tu nanti. Nama resort tu??errmmm.POKOK KELAPA RESORT??ok x??kenapa pokok kelapa?? Entah la..Agaknya sebab aku suka minum air kelapa kot.hahaha

kereta idaman aku beb!!

money!money!money!
Ini sajalah impian aku buat masa ni..tapi aku rasa macam banyak lagi je impian aku kalau aku jadi jutawan ni:)