Thursday, 31 May 2012

Jodoh Itu Rahsia ALLAH

Daripada kawan mungkin boleh jadi teman istimewa. Atau.. kalau ada jodoh,boleh kahwin.so sweet:)
Jodoh,Pertemuan,Ajal dan Maut semuanya di tangan Allah swt. Itu semua rahsia Allah dan xde sesiapa pun yang tahu.
Kalau aku ada kuasa magic,aku nak tahulah siapa yang akan jadi suami aku. Macam mana rupa suami aku. tinggi??rendah??gemuk??kurus??adakah suami aku seorang pilot??doktor??polis??badan tough macam aaron aziz??hahaha:D..Tapi bagi aku semua itu tak penting. The most important thing is he's not smokes ok because i don't like it.
Lelaki..tak semua lelaki kita boleh percaya kan. Walaupun dah berpunya tapi masih berlagak single. Konon..Kata single tapi hakikatnya sering keluar dgn mana2 spare parts..Bull shit!!mulut manis..tengok je baik tapi..haisshh..aku tak taulah nak cakap macam mana..luar je nampak baik tapi dalam tak siapa yang tahu kan. Hanya kau dengan Allah je yang tahu apa yang ada dalam isi hati kau.


adakah ni contoh bakal suami aku??hahahaha.pilot??doktor??curlass kau  cida!!:D






Lelaki yang baik semakin pupus??ni tajuk artikel yang aku baca masa aku kat salun kak azie hari tu. Tapi aku rasa memang betul kan?? Sekarang ni memang susah nak jumpa lelaki yang baik,setia..merata tempat ada je aku jumpa lelaki yang suka usha2 budak perempuan..budak2 remaja lelaki.tu da memang menjadi perkara biasa kan. Tapi lelaki yang dah berumur pun ada jugak yang perangai macam budak2 kan??
Errmmm..entah la.kadang2 tu aku sendiri tak faham..Kadang2 kita sendiri tak tahu macam mana nak bezakan lelaki yang baik dan sebaliknya sebab semuanya nampak sama. Masing2 bermulut manis. Kat mana ek kita nak jumpa lelaki2 yang baik ni??Susah betul nak jumpa. Entah lagi berapa tahun dapat aku jumpa 
lelaki yang baik.Manusia..luar kita nampak.dalam????LU FIKIRLAH SENDIRI.

Aku dah berhenti kerja kilang accures. So,time utk berfoya2 sebelum naik sem bebeh!!hahaha:D..Last day kerja??sedih?? NO!!aku tak sabar nak bla dari situ. Macam2 yang jadi sepanjang kerja kat situ.
FIRST, jumpa dgn kak esah yang satu kampung tapi tak pernah kenal pon sebelum ni, even satu kampung. Kebetulan kan. Aku dapat jumpa kawan baru. lelaki,perempuan, abang2,kakak2,makcik2,pakcik2,amoi2 and international race:)
SECOND, banyak jugaklah pengalaman yang aku dapat sepanjang kerja kat situ. Macam mana nak kerja. Apa nak dibuat. Macam2 lagilah..kena marah pon ada jugak:)
THIRD, minggu terakhir kat tempat kerja,aku kena marah dgn supervisor and makcik.huh!!sentap beb.aku nangis pulak tu. Tak boleh blah kan. Nangis depan abang2 pulak tu.hhaaiisshh...malu. Nasib baik diorang sporting. Tak kepoh2 kat orang lain. Diorang back up aku pulak tu. thanx abang2 semua. Jasamu dikenang:)
FORTH, last day kerja??semuanya dah terjawab..kak esah dah cerita semua kat aku pasal D and AB. No wonder si D pandang aku semacam je masa aku duduk sebelah si AB.ok fine. kau nak dia??ambillah beb. i don't care!why??bcoz he's not my taste. Minta2 air muka aku tak berubah masa D tunjuk pic dia dgn si AB.
wait, tapi aku rasa macam bengang la pulak dgn si AB ni. Meluat pon ada.huh!!

Berdoa..Andai dia jodohku KAU dekatkan dia di hatiku ini. Dan andai dia bukan jodohku,KAU jauhkan dia dari diriku..AMIN YA RABBAL ALAMIN..:)

Saturday, 26 May 2012

ramai MANUSIA.banyak RAGAM

MANUSIA dan RAGAM memang tak boleh nak dipisahkan. Mana2 tempat baru yang kita pergi mesti kita akan berjumpa dengan orang baru. Tak kira lelaki,perempuan,muda,tua,melayu,cina,india dan macam2 lagi. Semuanya dah menjadi lumrah hidup yang akan dilalui oleh semua insan di dunia ini. Melainkan orang tu jenis yang katak bawah tempurung. Tak suka bergaul.
Walaupun aku masih muda (umur baru 19 ok),tapi aku dah berjumpa dengan bermacam2 ragam manusia. Baik,jahat(ada ke orang yang aku kenal macam tu ek??),kelakar,penyayang,peramah,gila2 dan macam2 lagi sifat positif dan negatif yang diorang ada ni.
Kebanyakkan orang yang aku jumpa baik2 la. Kalau ada yang jahat tu tak tahu la pulak kan. Hati manusia kita tak boleh baca. Walaupun rambut sama warna tapi hati lain.

 kat melaka bandaraya bersejarah.masa nak hantar aku balik kolej.sempat lagi tau nak merayau2  kat sini dan aku lah jadi tourist guide nya;)



kat tempat kerja aku tu ada someone ni(pangkat makcik2 but i called her 'AKAK'.biar dia rasa muda kejap),dia pernahlah bagi nasihat kat aku pasal cinta cinta ni. Aku pon layan lah. 
Pernah satu hari tu kita orang lepak2 lah kat dalam surau(time rehat je).bersembang2,gosip2. Then,tiba2 dia cakap "kau,muda2 lagi tak payahlah pakai tudung. Nampak berusia berbanding umur kau yang masih muda tu. Budak lelaki pon cakap macam tu jugak tau." aku dah tercengang time tu. Sentap pon ada jugak lah bila budak2 ni anggap aku dah tua. Sentap hati mak nak!!. Tapi lantak lah. Mulut orang kita tak boleh nak tutup kan. Yang tak boleh bla bila dia kata TAK PAYAH PAKAI TUDUNG???haaa??tu yang aku tak boleh terima. Iya lah,dia dah tua tapi ajar aku(orang muda) benda yang tak berapa nak baik dan dilarang oleh agama. Masa tu aku rasa macam terkaku kejap. Dalam hati aku terdetik "betul ke tak orang tua ni??". Aku memang tak akan lupakan la kata2 dia ni.
Aku bukan nak kata apa kan. Iya lah,sepatutnya kita nak nasihatkan orang, nasihatkan benda2 yang baik. Suruh orang tu buat benda yang baik. ni???YA ALLAH..kuatkan imanku..
Biarlah orang nak cakap apa tentang aku. As long as they're happy with their life. cakap banyak pon tak guna.

Sunday, 20 May 2012

semangat yang hilang

HIDUP..kadang2 kita di atas dan kadang2 kita di bawah. hidup ni umpama roda yang berputar tanpa henti. tak siapa boleh halang roda tu untuk berhenti. sebagai manusia kita hanya mampu berdoa  supaya kita tak jatuh dan semangat hilang.
Tanpa kita sedari,kadang2 kita berputus asa dengan hidup yang kita tempuhi sekarang ni. hanya orang2 tersayang saja yang menjadikan kita terus bersemangat untuk mengharungi cabaran pada hari2 mendatang.
Pandai aku bagi nasihat ek. tapi kadang2 aku rasa down sangat dengan hidup aku ni. ye la. dengan result periksa aku yang entah apa2 tu. impian nak dapt DL(anugerah dekan) tu memang ada. tapi tu hanyalah mimpi semata2. tak tahulah bila aku dapat capai. kadang2 tu jeles jugak dengan member2 yang dapat DL. ada yang dapat 2 kali(sem 1 & sem 2).ermmmmm
Masa tengok result tu rasa macam nak nangis pon ada jugak. tapi nak buat macam mana kan. nasi dah jadi bubur. kalaulah masa boleh diputar kembali..aku takkan main2 masa study and buat betul masa exam hari tu..tapi...i don't know what to say la. benda da jadi kan. apa boleh buat...reda je la. tu yang lebih baik daripada kita nak menangisi dan bersedih. maybe next sem impian aku boleh tercapai.AMIN..yang penting study smart and jangan main2 lagi:) go cida!!


10 MEI 2007-->tarikh yang takkan pernah aku lupakan dalam hidup aku. aku kehilangan adik lelaki satu2nya yang aku ada. MUHAMMAD AMIRUDIN BIN HALID. i really miss him. dah  5 tahun adik aku tinggalkan kami sekeluarga tapi segala kenangan dengan arwah takkan pernah kami lupakan walaupun sedikit. macam mana arwah meninggal dunia akan aku ingat sampai aku mati. YA ALLAH, aku sangat merinduinya..AL-FATIHAH...
10 MEI jugak birthday mak. YA ALLAH..aku seolah-seolah dapat merasa perasaan yang mak tanggung ketika detik2 cemas yang berlaku dalam keluarga aku. bagaimana seorang ibu dapat merasa bahagia ketika menyambut hari lahirnya dan menanggung perasaan hiba pada masa yang sama apabila kehilangan anak yang dikandung 9 bulan buat selama-lamanya..